Selamat Hari Raya
Saloma
Selamat aidil fitri Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali Merayakan hari yang mulia ini
Di masa bulan Ramadan Kita berpuasa hingga sebulan
Pabila Syawal menjelma Hari raya disambut dengan gembira
(Korus 1)
Miskin kaya memakai baju baru warna-warni
Mengunjungi sanak kaum famili
Sungguh hebat pemandangan di hari raya ini
Tua muda wajah berseri-seri
Selamat hari raya Pada saudari saudara semua
Marilah dengan gembira Merayakan aidilfitri yang mulia
Di sana kelihatan
Bermacam kuih ketupat dan rendang
[ Saloma Lyrics are found on www.songlyrics.com ]
Mintak bu kuih sepotong
Saya mahu makan kerna perut kosong
Dam dam dum bunyi mercun Kanak-kanak segera datang berduyun
Dam dam dum mercun berdentum Semaraklah hari raya ini tahun
(Korus 2)
Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati
Selamat hari raya Hari untuk kita bersuka ria
Selamat mari ucapkan Untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat hari raya!